Tuesday, January 15, 2013


Assalamualaikum.... jom ke program Pengajian Du'at oleh Pondokpengajian Darulmubarak



Untuk menyertai boleh save borang ini ^^

Selamat berprogram ya ^^



Wednesday, May 9, 2012

Karnival Mesra Kasih Meriahkan Masyarakat Parit.


Turut diraikan, anak-anak yatim Bait Al-Amin, turut diraikan dalam Malam Kesenian Islam.


Adik-adik dari PASTI seluruh kawasan Parit, bersedia menyertai pertandingan.

Dr Najihah (diringi Ustaz Ismi) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Hafazan.

Dr Najihah menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Azan.

Ustaz Ismi,Ustaz Abu Hassan bersama Kumpulan FarEast di Malam Kesenian Islam.

Kumpulan FarEast menceriakan suasana dengan persembahan yang  menarik dan bermutu.

Pengunjung tidak melepaskan peluang menikmati jamuan Gulai Kerbau sempena majlis bacaan tahlil dan aqiqah.

Pertandingan tarik tali, antara pertandingan sukaneka yang dianjurkan.

Antara peserta gerai,menjual Cupcake.

Pertandingan Sukaneka bapa-bapa, acara gergaji menggunakan tangan.

Dari Kiri: Ustaz Zahid, Ustaz Abu Hassan, Encik Binyamin, dan Ustaz Salim.

Ustaz Zahid (ketua pengarah Karnival Mesra Kasih) memerhatikan Ustaz Abu Hassan dan Ust Ismi ketika upacara perasmian.

Ustaz Ismi ketika menyampaikan ucapan dalam Malam Kesenian Islam.

Ustaz Amin (rancangan Usrah TV9) memberikan kupasan yang menarik dalam ceramah beliau, "Keluarga Sakinah".

Ustaz Ismi, ketika menyampaikan hadiah bagi pengunjung yang bertuah.

Ustaz Ruslan Che Ros menerima cenderamata daripada pihak penganjut.
Pondok Pengajian Darul Mubarak mencipta satu lagi sejarah apabila menganjurkan Karnival Mesra Kaish yang berlangsung pada 5 dan 6 Mei, baru-baru ini. Karnival yang berlangsung selama dua hari dua malam di perkarangan Pondok Pengajian Darul Mubarak (PPDM) ini telah berjaya menarik minat dan perhatian ramai pihak terutamanya bagi penduduk setempat. PPDM merupakan produk kebajikan yang diasaskan oleh pemilik Darul Mubarak Travel & Tours, Ustaz Hj Muhammad Ismi Bin Mohd Taib sebagai satu usaha kebajikan untuk masyarakat dan diusahakan dengan kerjasama penduduk setempat.

Malah, nama PPDM ini sendiri diambil sempena nama syarikat Darul Mubarak Travel & Tours yang dimiliki oleh Ustaz Haji Muhammad Ismi Bin Hj Mat Taib, yang juga merupakan Timbalan pengerusi Jemaah Pengurusan PPDM. Dari sebuah syarikat korporat yang menyediakan perkhidmatan perlancongan, umrah dan lain-lain, PPDM diasaskan sebagai satu bentuk kebajikan kepada masyarakat.

Karnival Mesra Kasih yang dianjurkan secara besar-besaran ini telah berjaya membawa masyarakat tempatan lebih dekat dan mesra dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PPDM ini. Bertemakan silaturrahim dan pembudayaan ilmu, Karnival Mesra Kasih telah diisi dengan pelbagai jenis program yang sesuai dan menarik untuk setiap lapisan masyarakat, termasuklah pertandingan kanak-kanak sekolah rendah dan pra-sekolah, sukaneka remaja dan ibu bapa, ceramah dan kuliah, majlis tahlil dan jamuan rakyat. Kemuncak kepada karnival ini ialah konsert nasyid yang menampilkan artis nasyid Kumpulan FarEast.

Ustaz Hj Muhammad Ismi, yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar utama di PPDM ini, dalam ucapan alu-aluan ketika Malam Kesenian Islam, menyebut bahawa program Karnival Mesra Kasih ini diadakan untuk memperkenalkan PPDM ini dengan lebih dekat kepada masyarakat di seluruh daerah Perak Tengah, khususnya yang berada berdekatan dengan PPDM. Menurutnya, PPDM ini perlu dimanfaatkan bagi proses penyuburan ilmu dan pembentukan masyarakat yang harmoni berlandaskan agama. “Ilmu merupakan tunjang utama kepada kejayaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat, maka hendaklah kita berlumba-lumba memperdalamkan ilmu agama. Oleh itu, peluang dan ruang yang disediakan oleh pondok pengajian ini seharusnya direbut oleh semua pihak.” Katanya dalam ucapan perasmian program yang diadakan di Kampung Selboh Parit, Perak.

Ustaz Muhammad Ismi, dalam satu temu bual berkata, “program Karnival Mesra Kasih selain memberikan manfaat kepada masyarakat sekitar, ianya juga memberikan manfaat yang besar kepada urusetia dan tenaga kerja yang terlibat dalam penganjuran program ini. Ini kerana, usaha-usaha ini sebenarnya mendedahkan mereka kepada kerja-kerja kebaikan dan kebajikan sebagai salah-satu khidmat sosial kepada masyarakat umum.”
Harapan beliau, malah seluruh jawatankuasa yang terlibat dalam penganjuran Karnival Mesra Kasih ini agar program seumpama ini dapat dianjurkan lagi pada masa-masa akan datang dan memberikan kesan yang baik terhadap perkembangan dan penghayatan ilmu. Juga, menjadi titik lonjakan kepada pertambahan dan perkembangan untuk menarik minat lebih ramai anggota masyarakat terlibat dalam usaha-usaha kebaikan dan kebajikan seperti ini.